Followers

Thursday, July 29, 2021

WiFi & Bluetooth - Pentingnya label MCMC - SIRIM

 


Kenapa peranti komunikasi wajib ada label MCMC atau kelulusan SIRIM?


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM/MCMC) mengingatkan orang ramai untuk memastikan, peranti komunikasi yang digunakan diperakui oleh SKMM atau SIRIM. Ini kerana penggunaan peranti yang tidak diperakui dilihat semakin meningkat kebelakangan ini, dan ia akan membawa kepada banyak masalah.

Orang ramai mungkin tidak sedar atau perasan tentang peranti mereka, sama ada telah diperakui oleh SKMM atau belum. Ini kerana pembelian produk dari luar negara menjadi semakin mudah dan ia tidak melalui proses perakuan terlebih dahulu. 

Penggunaan peranti yang diperakui ini tertakluk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA) dan Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000. Semua peranti dan peralatan komunikasi perlu diperakui bagi membolehkannya digunakan di Malaysia.

Walaupun peranti dan peralatan yang digunakan memiliki label luar negara seperti CE dan FCC, tetapi ia masih berkemungkinan tidak boleh digunakan di dalam Malaysia. Ini kerana frekuensi ia beroperasi di luar negara, mungkin tidak boleh digunakan di Malaysia kerana frekuensi tersebut telah diperuntukkan untuk kegunaan komunikasi lain di sini.

Gangguan frekuensi ini akan menyebabkan kualiti perkhidmatan merosot, bukan sahaja pada peranti malah kepada peralatan komunikasi lain. Kesannya lebih teruk jika gangguan menyebabkan perkhidmatan keselamatan seperti perkhidmatan kecemasan dan kawalan trafik udara terganggu.

Kerana itu, SKMM menasihatkan orang ramai untuk membeli peranti dan peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC dan SIRIM, sebagai pengesahan ia mengikuti standard yang ditetapkan di Malaysia. Selain itu, pengesahan ini juga memastikan peralatan tersebut selamat dari kecacatan, kerosakan atau bahaya kepada produk komunikasi lain, selain melindungi hak dan keselamatan pengguna.

Untuk memeriksa pengesahan unit peranti yang bakal dan telah dimiliki samada telah didaftarkan dan berlabel MCMC, boleh merujuk ke laman web eComM SIRIM , di bahagian Sirim Enquiry - Product Serial No. 





Scrool ke bawah dan lihat bahagian Quick Links, click "Sirim Enquiry" kemudian ke bahagian paling kanan & click "Product Serial No."

Step :
1) Masukkan 12 digit serial number unit X-431, contoh = 123456789102
2) Taip model =  X-431
3) Taip Brand = launch
4) Tekan "Search" button 


Lihat keputusan yang diperoleh. Sekiranya ada tertera maklumat manufacturer dan syarikat ia menandakan unit telah didaftarkan dan berlabel MCMC . Sekiranya "Record not found", bermakna serial number unit itu tidak ditemui dan sahabat sekalian boleh nilaikan ia sebelum membuat apa-apa keputusan untuk membeli unit original yang diidamkan. Semoga semuanya baik-baik hendaknya.






 
"Pastikan ORI dan ada MCMC, baru beli" 😁👍



Facebook Ayu : RahayuMie Ayumie

No comments:

Post a Comment

WiFi & Bluetooth - Pentingnya label MCMC - SIRIM

  Kenapa peranti komunikasi wajib ada label MCMC atau kelulusan SIRIM? Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM/MCMC) mengingatkan orang...